Sunday, 2 September 2012
7. Myrtles Plantation-St. Francisville, Louisiana
Dibina pada 1796 oleh Jeneral David Bradford. Rumah ladang ini dikatak dihuni oleh beberapa hantu. Menurutk ahli sejarah yang mengkaji tempat ini, sebanyak 10 kes pembunuhan telah berlaku di rumah ladang ini. Terdapat 2 hantu yang sering dilihat di rumah ladang ini. Pertama, seorang wanita Perancis yang berjalan dari bilik ke bilik mencari sesuatu. Kedua, merupakan hantu di tempat piano yang dikatakan berlatih satu kod piano berulang ulang kali. Yang ketiga ialah seorang budak perempuan yang muncul sebelum ribut petir berlaku.
Saturday, 1 September 2012
6. Eastern State Penitentiary-Philadelphia, Pennsylvania
Bangunan ini adalah merupakan bekas komplek penjara di Philadelphia. Al Capone, merupakan banduan yang paling terkenal di penjara ini. Dia dipenjarakan atas pemilikan senjata api haram pada tahun 1929. Semasa dipenjarakan, Al Capone dikatakan telah diseksa oleh hantu bernama James Clark. James Clark ialah mangsa yang dibunuh dengan kejam oleh Al Capone pada hari St. Valentine. Menurut warden penjara, bermacam macam bunyi boleh didengari di komplek penjara ini.
5. Queen Mary-Long Beach, California
Antara kapal berhantu di Amerika. Tempat yang dilaporkan paling berhantu ialah bilik enjin. Bilik enjin inilah tempat di mana remaja berusia 17 tahun mati terhimpit untuk melarikan diri dari kebakaran yang berlaku. Bunyi ketukan paip dari pintu bilik ini adalah insiden yang paling selalu didengari. Antara hantu yang menghuni kapal ini ialah "Gray Ghost".
4. Colosseum
Nama dari Koloseum seperti pada di atas diambil dari nama sebuah patung setinggi 130 kaki atau 40 m, Colossus. Patung Colossus dibuat semula sebagai pengganti Nero sebagai perumpamaan dari Sol dewa matahari, dengan menambah mahkota matahari. Di waktu pertengahan tahun, patung colossus telah menghilang. Seorang ahli mengatakan bahawa sejak patung itu dibuat dari tembaga, patung itu telah dileburkan untuk digunakan semula. Selain diambil dari nama Koloseum, Koloseum juga disebut sebagai Flavian Amphitheatre yang tidak diketahui siapa yang memberi nama itu. Di Itali, Koloseum diberi nama il Colosseo tapi bahasa Rom yang lain menggunakan nama le Colisée dan el Coliseo untuk menyebutkan Colosseum.
3. Rumah Hantu The Amityville
Pada Disember 1975, George dan Kathleen serta anak-anak mereka pindah ke sebuah rumah di 112 Ocean Avenue, sebuah rumah besar gaya-kolonial Belanda di Amityville, sebuah persekitaran di pinggiran bandar di selatan Long Island, New York. Tigabelas bulan sebelum keluarga Lutz pindah, ronald DeFeo, Jr., pemilik sebelumnya, telah menembak mati enam anggota keluarganya di rumah itu. Setelah 28 hari keluarga Lutz tinggal di rumah itu, mereka mula merasakan hal-hal aneh dengan rumah tersebut.
2. Waverly Hills Sanatorium-Louisville, Kentucky
Merupakan sebuah hospital dan dilaporkan kewujudan hantu sejak 1928. Antara insiden berlaku adalah kematian seorang jururawat bernama Mary Hillenburg yang ditemui mati tergantung di bilik nombor 502. Dia dikatakan mati membunuh diri. Namun kebanyakan orang percaya bahawa dia dibunuh oleh seorang doktor di hospital itu yang juga bekas teman lelaki wanita itu. Kemudian, selang beberapa tahun selepas itu, seorang jururawat membunuh diri dengan terjun dari tingkat dari bilik yang sama.
1. Stanley Hotel-Estes Park, Colorado
Hotel ini memiliki sejumlah 138 buah bilik yang terletak berdekatan Rocky mountain National Park yang menawarkan panorama indah lagi memukau. Kisah berhantu ini adalah antara topik utama bagi pengunjung hotel ini. Tempat yang dikatakan berhantu di hotel ini datang dari dewan tarian hotel ini. Pekerja dapur hotel ini telah berhenti selepas mendengar bunyi bising seakan-akan parti datang dari dewan tarian ini. Untuk memastikan beliau memeriksa dewan itu dan mendapati dewan itu lengang dan tiada seorang pun berada di dalam dewan itu. Menurut pekerja hotel, hantu ini adalah merupakan isteri kepada Freelan O. Stanley, bekas pemain piano untuk hotel itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)





